USERNAME's diary

   






MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, February 22, 2009
U m m u A f i q a h

Sunday, 22 Feb 2009…12.55 pm.

Ntah lah. Tak tau nak cakap n gambarkan perasaan aku nii terhadap seorang tuu. Bagi aku dia miliki sesuatu yang tak mungkin orang lain fahami. Aku kenali dia baru sahaja. Sebagai seorang adik. Ummu Afiqah, satu nama yang baru hadir dalam hidup aku nii. Bukan aku nii nak menunjukan yang aku nii seorang yang suka berkawan dengan popuan or aku nii 'kaki popuan'. Tapi bila berborak denganya ada sesuatu yang aku mengerti bahawa hidup ini berwarna. Berbeza gan dunia aku yang hanya putih dan hitam sahaja. Aku tak begitu jelas dengan hidup ini. Berbeza gan seorang 'budak' neh. Dulu pernah gak aku berborak dan bercerita gan dia, tapi dulu tidak begitu perasan siapa 'Feeqah' nii. Mybe takdir yang menemukan aku gan 'budak' nii and buat aku belajar tentang sesuatu dalam hidup ni. Aku happy & selesa gan Ummu Afiqah. Walaupun sedar kadang2 kerenah aku nii agak melampau. Tapi tuu bukan diri aku yang sebenar. Aku payah nak menunjukan aku nii benci atau marah kalo tak 'diancam'. Harap mereka yang belum mengenali diri aku sedar semua tuu. Bukan mengangkat diri tapi tuu lah hakikat sebenar diri aku. Cit!! podah!...Haha!.

Skrang nii tak banyak aku kongsikan kisah hidup aku dalam blog nii. Bukan malas, tapi kadang2 masa tak begitu mengizinkan. Banyak perkara lain yang menarik aku kearah tuu. Buntu akan apa kesudahan blog nii. Dulu pernah aku menulis, tapi demi 'seseorang' semuanya musnah bila dia tiada disisi. Aku hampir jatuh tersungkur. Tapi hari ini aku tidak boleh cam tu lagi. Kena tabah untuk hidup nii. Itu yang selalu aku dengar dari teman2 yang memahami. Tambah2 si pendek tuu (Ain Aisyah)…Hahahah~.

Huhu…Tapi dia lah teman aku yang paling setia n memahami siapa diri aku. Satu ayat pun tidak pernah dia merungut sal diri aku. Itu yang best~ hehe. Just nasihat n kata2 semangat yang kedengaran dari mulutnyer tuu. Walaupun jarang sangat aku nak ikut nasihatnya tuu tapi ia cukup bermakna kerana orang tuu tul2 ambik berat sal diri aku. Bukan lakonan atau pura2. Aku sayangkan Ain sebagai seorang teman yang paling setia di sisi aku nii. Payah nak cari orang yang banyak sabar n tabah cam dirinya. Walaupun bermasalah tapi tak sedikitpun dia mengeluh. Just senyum n berkata2 gan suara kecilnyer tuu ajer. Best jadi kawan ko Ain!...hehe~.

Hrmm…terlalu banyak hidup aku nii nak mencontohi teman2. Cuma tak mampu ajer. Aku sedar kelemahan dan kekurangan diri aku nii. Orang yang tidak begitu percayakan warna2 dalam kehidupan seperti aku nii payah untuk mencontohi orang lain. Aku punyai masalah aku sendiri yang tak mungkin dapat dikongsi oleh sesiapa. Aku pun tidak pernah berharap orang faham gan diri aku. Biar aku gan cara aku n aku selesa gan diri aku skrang nii. Walaupun sering kali diri aku nii disalah ertikan. Biarlah aku tidak pernah berkecil hati. Dah puas aku berkecil hati gan sikap2 mereka yang tidak memahami. Mereka yang tidak merasa tidak tahu apa yang aku rasa. Bukan sekadar masalah cinta yang selalu korang agung2kan. Tapi aku punyai cerita aku sendiri. Aku hanya mampu bersyukur gan ketentuan Ilahi. Dan percaya akan hikmah disebalik semua tuu.

Berbalik kepada cerita Ummu Afiqah. Ntah lah, payah untuk aku memperkenalkan siapa Ummu Afiqah nii pada korang semua. Tapi aku tahu disebalik 'budak' yang tengah menunggu result spm tuu ader sesuatu yang menarik. Aku happy gan setiap telatahnya tuu. Bukan aku jatuh cinta atau ingin memulakannya sekali lagi. Tapi sekadar ingin kongsi rasa happy aku nii gan korang semua. Korang nak anggap aku nii apa, silakanlah. Yang penting jangan salah ertikan apa yang ingin aku storykan pasal Ummu Afiqah nii. aku sekadar ingin kongsikan sesuatu yang membuatkan hati aku selesa n happy 'buli' budak tuu…hahaha!. Sekurang2nya ada gak peminat yang ingin mengerti aku. Kalo korang di tempat aku pun, aku rasa korang happy gan 'budak' neh. Suaranya, telatahnya, rajuknya…Ntah lah. Menarik. Payah nak jelaskan disini. Mybe korang semua fikir aku nii macam2 n bebukan. Tapi aku happy n selesa. Sekurang-kurangya masih ada mereka yang sudi mewarnai hidup aku nii. Walaupun warna2 itu tidak seindah warna yang pernah hadir dalam hidup aku dulu. Tapi aku bersyukur kerana masih lagi didekati gan keadaan aku yang begitu kotor dipalit kotoran dosa2 yang pernah aku buat dulu.

Dosa2 tuu tidak pernah aku mengaitkan gan sesiapa. Just diri aku. Bukan penyebabnya seorang perempuan, cinta or marahkan sesiapa mahupun hasutan sesiapa. Hanya aku. Hanya aku yang lalai gan hidup dunia nii. Iman tidak teguh mudah digoyahkan gan bisikan syaitan. Hanya aku yang lemah. Bukan penyebabnya sesiapa. Bukan nak menunjukan diri aku nii baik atau jahat sekadar peringatan buat diri aku agar jangan ulangi sesuatu yang menyebabkan aku rasa menyesal suatu masa nanti. Seperti diri aku skrang nii. Blog ini juga ditulis bukan untuk kenamaan, ketabsuban hidup mahupun kebendaan. Blog ini sekadar pengajaran dan luahan hati kecil aku nii sahaja. Itu sahaja tanpa apa2 motif tertentu. Harap maklum.

Ya Allah, ampunkan aku.

 


Posted at 04:38 am by badai_purba
Comments (2)  

Tuesday, February 03, 2009
B u k a n O r a n g B a i k

Tuesday, 03. Feb 2009...9.55 Pm

"...Terlalu payah untuk aku daki sampai ke tahap nii. Jgn terus tolak aku jatuh semula. Aku pasti serik untuk mendaki semula n berputus asa gan hidup neh.."

Bukan orang baik...Itulah gelaran aku aku berikan pada diri aku sendiri. Semua tuu pada seetengah orang dah sedia maklum. Lagipun always jer sesetengah orang tuu anggap aku cam tuu. Apa yang tak elok and tak baik adalah aku. Bukan kawan2 dia, kawan2 korang n sesiapa. Hanya aku yang tak baik. Hanya aku...dari dulu lagi aku cakapkan. Tolong abaikan aku. Tapi sesetengah 'Org yang bijak lagi pandai' masih lagi nak peduli sal idup aku. Ntah ler. apa kejadahnya nak peduli sal hidup aku neh. Nak tunjuk diri tuu bagus sangat?...jelous?...nak jadi kaunseling aku?...nak jadi hero/heroin? or what hell?. Tak payah ler!...tak payah susah2 nak peduli sal aku. Aku tak suka. Aku tak kaco pun idup korang. So? please...berambus dari hidup aku. Aku tak kenal pun ko!...(Ingat muka jer yang cam sial! tapi hati pun busuk gak!)

Hrmm....amarah aku pada seseorang yang 'tak aku kenali'. Kawan kepada sahabat kesayangan aku. Memang cam sial!...sibuk!. Ntah apa laa yg dia nak banggakan sangat gan diri sial dia tuh!. Aku tak pernah peduli pun sal dia. Asal ler dia nak sibuk2 sal hidup aku. Aku nak suka siapa...aku punyer suka laa!..tak mintak duit belanja gan ko pun nak bayar bil internet aku n topup aku. Nak view page saper2 pun...aku punyer suka laa! yang ko sibuk pe hal? Jelous? Kalo nak tak sape2 view page ko! tak payah ler nak buat FS...Tolol!. Nak tunjuk diri tu bagus sangat? Nak tunjuk yg idup ko tu sempurna?...Nak cakap yg kisah cinta ko tuu berjaya? go to hell laa...Siapa peduli. Tak payah ler nak bentangkan falsafah n faham ko tuu kat aku. Aku tau laa hidup aku. Aku cam nii pun tak susahkan ko. Susahkan hidup aku jer. So? please laa! bawak semua falsafah n 'kata mulia' ko tuu jauh2. Meluat aku.

Hrmm...dah 2,3 entry aku luahkan amarah. Tapi just lam blog jer laa. Kat luar nii aku lebih selesa pendam sendiri. Diri sendiri luka tak pe. Janji tak susahkan orang. Itu yang aku amalkan skrang neh. Takut nak melibatkan sesiapa. Kerana aku tahu aku bukan orang yg baik. Itu yang selalu aku dapat dari teman2 yang aku prihatin. Tapi tak mengapa aku langsung tak berkecil hati. Sikit pun tak. Itu lah diri aku. Aku dah tak takut pada kecil hati ini. Dah ader pengalaman. Dulu hati nii teruk sakitnya. Aku tabah jer. Walaupun hampir2 aku tumbang. And aku jugak tak lupa gan budi sesetengah orang yang menyokong aku bangkit semula. Tak pernah lupa. Walaupun kebaikan aku nii tak pernah dipandang. Aku tak kisah. Hanya itu yang mampu aku buat untuk teman dan sahabat aku. Walaupun kadang2 aku cukup penat gan layanan diorang tuh. Mybe hati aku keras. Walaupun luarannya aku bukan seorang yang cekal. Malah sering berputus asa.

Hanya itu yang mampu aku lakukan pada hidup aku neh. Aku tau aku nii bukan seorang yang baik. Selalu membuatkan orang2 berhampiran gan aku nii tidak senang hati gan tingkah laku aku nii. Aku sedar tuu. Tapi itulah diri aku. Aku belajar untuk jujur gan diri sendiri. Bukan senang orang cam aku nak cuba jujur pada diri sendiri. Jadi diri aku sendiri. Bagilah aku peluang tuu. Terlalu payah untuk aku daki sampai ke tahap nii. Jgn terus tolak aku jatuh semula. Aku pasti serik untuk mendaki semula n berputus asa gan hidup neh. Aku harap korang paham gan diri aku neh. Aku bukan meminta simpati mahupun sekumit kasih korang, tapi cukup gan sedikit sokongan. Itu dah memadai bagi aku yang korang anggap sampah nii.

Sebelum aku akhiri entry blog kali nii. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf gan segala kekasaran bahasa n amarah aku kat atas tuu. Aku insan lemah, selalu melakukan kesilapan. Korang pun. Mybe aku and korang sendiri pun tak sedar akan kesilapan tuu. So? maaf bebanyak. Bukan niat aku nak menjatuhkan sesiapa. Aku just pertahankan hak aku. Aku ader hati dan perasaan. Selayaknya aku harus bersuara. Aku belajar untuk hidup bukan semata2 dapatkan nama pengecut. Aku hanya pertahankan hak aku. Mengaduh bila disakiti. Bukan kerana aku bijak berkata2 or menegakkan benang yang basah tapi cuba untuk buktikan kebenaran. Bersyukur gan hidup neh. Aku harap korang paham gan apa yang cuba aku sampaikan. S o r r y. . . .  

  


Posted at 06:43 am by badai_purba
Make a comment  

Wednesday, January 28, 2009
Somewhere, Anywhere

Wednesday, 28 January 2009...10.50 Pm

Sensitif?...hahaha!, aku da cukup mual gan perkataan tuu. Aku bukan orang yang cukup sensitif. Cakap ler korang nak cakap pe sal aku. Aku ok jer. Hati nii tak pernah terusik pun gan kata2 kejian. Bukan gan sesetengah orang tuu yang cukup sensitif gan hidupnya. Kadang2 terlalu merendah diri. Selalu sangat merendah2kan diri sendiri. Tidak berkeyakinan. Aku tak suka orang yang cam tu. Begitu jugalah sikap seorang teman aku disini. Terlalu sensitif. Salah gurau sikit da majuk...Diam membisu gan seribu makna yang tersembunyi. Aku tak suka gan sikap tuu. Bagi aku, aku lebih suka berterus terang. Lam pe2 hal pun. Mybe sesetengah orang tu tak paham gan maksud yang cuba aku sampaikan. Tapi kalo dah nama 'gurauan' So? tak payah ler nak ambik kisah sangat. Lagipun gurauan aku bukannya melampau sangat. Kalo da tak boleh nak bergurau, tak payah nak bergaul gan manusia...Bergaul gan rimau atau gajah kat hutan nuu lagi baik aku rasa...

Sori kalo kata2 aku kat atas tuu agak 'keras' untuk diterima umum. Aku jenis tak suka nak jaga hati orang. Bagi aku just orang2 tertentu sahaja yang layak aku menjaga bahasa percakapan aku neh. Bagi orang yang dah 2 or 3 kali bermasalah gan aku...agak payah ler aku nak menjaga bahasa percakapan neh. Aku tul2 bosan gan sikap sesetengah orang tuh. Kadang2 benda2 kecik pun nak diperbesarkan. Tak 'sporting' langsung!. So? ingat2 ler orang2 yang ader kaitan gan aku neh. Aku kadang2 nampak jer diam. Tapi lam hati banyak aku berkata2. Dalam blog pun...haha!. Kadang2 bukan senang nak jaga hati n perasaan orang neh. Aku akui. Tapi jgn ler terlalu sensitif sampai nak diajak berbual pun payah. Kalo sekali 2 OK lagi. Tapi kalo dah 2 or 3 'modal' sama, aku pun naik bosan. Bukan nak majuk or apa tapi ingat2 ler. Bukan semua benda yang kita buat orang lain leh senang gan sikap kita tuh. Aku hadapi situasi yg sama gan sorang member neh. Aku tul2 'tak bleh blah' gan sikap sensitifnya tuu.

So? ingat2 ler yee. Bukan mengkritik untuk keburukan, tapi mengkritik untuk kebaikan.

" Kat bumi nii bukan ko sorang je yang ader masalah! "

Hrmm...hidup aku skrang neh berjalan seperti biasa. Kadang2 terasa lebih beruntung dari diri aku yang dulu. Cam bodoh plak aku bila fikirkan perbuatan aku dulu. Skrang aku dapat 'lebih' dari tuu. Macam sial! percayakan seseorang yang dulu. Skrang aku dah terlebih happy plak gan hidup aku neh. Orang2 yang terdekat gan aku nii mybe paham gan apa yang aku maksudkan nii. Aku mungkin dah dapat apa yang aku cari selama nii. Mungkin ramai yang tak faham gan aku. Ntah apa yang aku nak lam hidup neh. Dulu mybe tak begitu jelas. Skrang aku jelas gan matlamat hidup aku neh. Aku daa tak berkecil hati sangat gan apa yang berlalu dulu. Biarlah sebagai pengajaran buat aku. Lagipun aku tak rugi apa2. Banyak yang aku belajar tentang hidup neh. Mybe pengalaman mengajar aku segalanya. Sakit hati nii mungkin berbaloi. Tapi aku percaya yang 'seseorang' diluar sana tuu mungkin lebih 'meriah' hidupnya gan seseorang. Aku mendoakan 'kemeriahan' tuu....hahaha!. Oh ya! sebelum terlupa, ingin aku bagi tau kat sini yang aku nii bukan orang yang baik untuk mendoakan kebahagiaan seseorang. Aku lebih suka 'bertepuk tangan' melihat kemusnahan orang yang tak berapa elok 'janji'nya pada aku. Jangan fikir aku nii orang baik. Hehe...

Korang nak menggangap aku apa? Keji?...Hina?...Sewel?...Hahaha. Terpulang ler..aku dah lama cam tu. Aku tak cam nii kalo 'Seseorang' kat luar sana tuu mengajar aku. Tak kisah lah. Aku senang cam nii. Lagipun aku tak pernah kaco sesiapa. Aku happy gan hidup aku d samping 'orang2 terpenting' dalam hidup aku neh. So? sesiapa yang tak mengenali aku gan lebih rapat, sila abaikan aku. Aku pun tak harap korang kenal and faham aku. So? sekali lagi aku ingatkan, abaikan aku. Buat hal masing2. Aku pun tak pernah peduli pe masalah korang. Kalo ader sape2 yang rasa tersinggung gan entry aku kat atas nii sila 'blah' dari sini. Aku pun tak jemput korang datang sini. Blog nii hak milik persendirian n orang2 tertentu saja yang dijemput datang sini.

Sebelum aku akhiri entry aku kali ini, ingin aku ingatkan disini bahawa segala penulisan blog nii tiada langsung kaitan gan sesiapa. Aku just bercerita mengenai hidup aku. Tidak tuju pada sesiapa dan cuba untuk meluahkan rasa benci pada sesiapa. Sekali lagi diingatkan bahawa penulisan blog ini adalah hak persendirian. Tiada kena mengena gan sesiapa. Tak kisah lah siapa orang tuu. Abaikan kalo sesetengah orang tuu terasa gan kata2 aku. Aku tak menulis mengenai korang pun. So? jangan nak perasan sangat. 

 


Posted at 04:04 pm by badai_purba
Comment (1)  

Thursday, January 22, 2009
Jangan Cuba Bertanya...

Friday, 23 January 2009...3.15Pm

Aku meneruskan lagi perjalanan hidup ini. Sedar tak sedar aku sekali lagi melangkah satu angka umur yang dah meningkat. Aku baru sahaja meyambut ulang tahun kelahiran aku pada 2 hari yang lepas. Aku mengerti yang hidup perlu diteruskan lagi. Tanpa mengira siapa aku di kemudian hari atau pun sejarah kehidupan aku yang dah berlalu. Yang aku tahu, aku perlu 'bernafas' seperti dulu. Tabahkan hati untuk teruskan kehidupan ini. Dan belajar untuk bersyukur ke atas nikmat yang diberi...

Hidup aku tenang now. Aku pun dah banyak belajar tentang sesuatu yang dahulunya aku sendiri tak paham. Ramai 'Org2 dibelakang tabir' kehidupan aku neh membuatkan aku paham tentang hidup neh. Walaupun aku nii agak degil or keras kepada. Tapi lama2 lembut gak. Huhu...Syukur pada Yang Esa memberi teman2 yang sanggup memahami aku neh. Walaupun kadang2 aku tahu kesabaran tuu agak menipis kerana sikap aku neh...Hehe. Thanks.

Walaupun hidup aku dipenuhi dengan ketenangan namun masih ada lagi 'Org' yang bijak pandai bercerita tentang pendapat. Aku bebetul tak suka gan 'Org bijak lagi pandai' neh. Diorang nii kadang just tahu cakap jer. Tapi secubit pun tak pernah kongsi dan faham perasan hati aku neh. Aku bebetul tak suka gan 'Org bijak lagi pandai' neh. Kalo tak pernah kenal gan aku, baik korang diam...tak payah nak kisah apa2 pasal aku. Aku pun tak pernah 'kaco' hidup korang...So? please...abaikan aku. Dah banyak kali aku pesan tentang perkara neh. Aku tul2 jelik, muak & bosan gan 'kata2 indah' korang tuh!. Aku daa jauh sesat untuk dibawa pulang. Lagipun aku lebih rela cam nii dari mengadap 'Muka palsu' sesetengah orang tuu. So? lain kali tak payah nak bagi komen apa tentang diri aku. AKU TAK SUKA org berbicara pasal aku. Tak kisah ler pendapat aku tuu betul atau tak. Aku tahu apa yang betul or apa yang tak lam hidup aku neh.

Nak cakap aku bodoh Sombong? Ego? Penting diri sendiri?...hehe, terpulang ler...aku tak kisah pun. Tak pernah peduli pun setiap kata2 'Org asing' terhadap diri aku neh. Ini adalah diri & hidup aku...So? suka ati aku nak buat apa pun. Faham?.

Sori kalo kata2 kat atas tuu agak melampau. Itu lah amarah namanya..huhu. Da lama rasanya tak luahkan sesuatu pada blog neh. Sekali sekala perlu gak amarah tuu. Nak kasi 'Org bijak pandai' paham tentang diri aku neh. Kalo tak tahu apa baik dok dediam. Jangan nak menyemak atau nak berlagak 'Org baik2' lam idup aku. Aku tak suka. Dah ler!...malas aku nak mengarut bebukan kat sini. Orang2 yang akan baca blog neh akan paham pada siapa aku tuju kata2 aku kat atas tuu & tak payah nak komen pape...aku tak suka pun korang komen pape. Menyemak ajer!...haha.

Hrmm...Sori. aku tahu seseorang diluar sana tak suka aku meluahkan marah dalam blog neh. Kadang2 aku main2 pun dia bikin aku bebetul. Aku nii seorang yang suka main2. Kadang kala even aku serius pun orang akan tetap anggap aku main2. Tapi satu perkara yang aku tak suka main2 lam hidup neh. Sesetengah orang tuu paham gan diri aku neh. Walaupun aku tak pernah ada peluang cam 'orang tuu'. Tapi aku tak pernah menyesal. Mungkin aku n seseorang tuu ditakdirkan cam nii sampai bila2. Aku pasrah n terima ajer ketentuan takdir terhadap diri aku. 'Penulis baru' tuu pun faham gan diri aku neh. Dalam ramai2 teman aku, aku rasa 'Penulis baru' tuu lah orang yang paling memahami aku. Terima aku seadanya sebagai teman, sahabat n kawan. Beruntungnya aku ada kawan cam dia...

 

  • 'Org2 di belakang tabir' - Mereka yang bergelar family, teman, sahabat, kawan serta seseorang yang tak pernah mengalah untuk diri aku.

 

  • 'Org bijak lagi pandai' - Mereka yang bijak dalam berkata2, diselang seli gan bahasa omputih. Tapi orang2 nii tak pernah rasa & tahu pun tentang masalah orang. Just taksub gan pendapat sendiri ajer. Nak menonjolkan sangat diri tuu supaya org tgk dia neh baik, memahami, bijak, pandai...bla..bla..bla...tapi cakap jer lebih. Berlagak pandai...Macam sial!. 

 

  • ' Org asing' - Mereka yang aku tak tahu dimana datangnya tiba2 muncul n mencuba untuk berlagak hero atau heroin lam drama kehidupan aku. Pandai bercakap n berlagak seolah2 dia paham segalanya. Mereka nii bukan kawan aku pun. Kenal pun tak...

 

  • 'Kata2 indah' - Konon2 kata2 semangat ler. Nak kaunseling aku ler konon2 nyer. Kata2 yang nak buat aku sedar kelemahan diri. Tapi sikit pun aku tak 'termakan'...Hahaha!...dah laa wei! aku tul2 daa muak & jemu dah gan kata2 cam nii. Just kata2 jer!. Tak ader pun org amalkan lam hidup neh. Skema! 

 

  • 'Penulis baru' - Seorang kawan yang amat memahami aku. Skrang bercita2 untuk menjadi seorang penulis novel yang berjaya. Gud luck! ~ Ain Aisyah.

 

  • 'Org tuu' - Seseorang yang lebih beruntung dari aku. Tapi tak pernah mencuba untuk menghargai. Sedang kan aku?...Hrmm..aku tul2 iri hati gan 'Orang tuu'.

 


Posted at 09:40 pm by badai_purba
Comment (1)  

Tuesday, January 06, 2009
My first mistake, hard to explain

Monday, January 05...2009...10.25Pm

Aku tergelak sendiri. Dah lama aku tak cam ni. Hidup ini mudah ajer kalo 'kena' moodnyer. Cam tu lah jugak aku. Lam minggu last cuti sekolah nii aku banyak belajar mengenai hidup nii. Lagipun adanya seseorang yang menemani aku disini, diri nii tak kesunyian lagi. Tapi kadang2 tak sunyi gak aku gan dia tuu bertekak kerana salah paham. Itu lah hidup...payah nak pahamkan org lain selain diri sendiri dalam sesuatu hal tuu. Mybe aku paham...tapi ntah lah...pape pun aku cukup menyesal gan apa yang terjadi ari tuu. Aku bebetul tak sengaja ingatkan balik apa yg tak mau dia ingat tuu. S o r r y . . .

Dah beberapa hari seorang teman tuu 'dingin' gan aku neh. Aku tul2 tak sengaja wat cam tu. Lagipun dia yang salah faham gan aku neh. Aku bukan cam tu. Bukan orang yang sesenang hati buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Lagipun apa hak aku untuk campur tangan semua tuu. Aku bukan sesiapa pun pada dirinya tuu. Pandangan aku sendiri akuinya. Aku nii just teman 'sms' jer laa. Not lebih dari tuu. Walaupun macam2 aku berharap...just harapan ajer la. Aku tak berani nak mimpikan sesuatu pun. Mybe gak angan2 kosong. Biarlah, janji aku bahagia gan dunia aku sendiri. Tidak pernah aku menyalahkan sesiapa lam hidup aku skrang neh. Daa cukup dengan dendam dan amarah aku pada seseorang dulu. Dah!...stop! aku daa tak mau ingat apa2 dah pe yang lepas2 tuu. Nii daa 'buku' baru. Buku lama aku buang kat store belakang umah aku nuu...huhu.

Tapi tu lah. Payah nak pahamkan seseorang neh. Ntah sampai bila nak cam nii. Adakah aku ni seorang yang pengecut or what?...ntah ler! aku langsung daa tak kisahkan apa2 skrang neh. Jadi orang yang amat pentingkan diri sendiri. Itulah aku skrang neh. Aku bukan orang yang lemah lagi. Pengalaman mengajar segalanya...

Ntah. Ari tu tul2 tak sengaja. Bukan nak...ntah ler. Aku just rasa kurang senang. Tul2 tak puas hati gan 'Si ka**' tuu. Sesenang jer. Aku plak...dulu pernah cuba sedaya upaya untuk pertahankan sesuatu. At last tak jadi gak. 'Si dia' blah cam tu jaa. 'Si ka**' plak tul2 bukan org yang tahu hargai. Kalo ler aku duk kat tmpat 'Si ka**' tuu. Tapi tu adalah mustahil. Aku just dapat jadi diri aku. Bukan org lain. Walaupun berlainan orang yang aku kejar. Aku tak kisah. Janji hati ini terubat. Abis crita...hahaha!..Amboi! senang nyer aku bercakap. Cam semua kehendak aku dipersetujui ramai jer..hahaha! Sori *u* aku merapu jer. Jangan ambik hati n berkira sangat gan aku neh. Aku nii bodoh jer. Bengap. Tak pernah pun paham sesuatu pasal ko. Cam selalu ko cakap. Aku tak kan paham walaupun aku pernah sungguh2 nak paham. Mybe gak kerana aku tak pernah ada peluang cam 'Si ka**' tuh. Aku mintak maaf.

 

 


Posted at 06:50 am by badai_purba
Comment (1)  

Monday, December 29, 2008
Goodbye 2008

Monday, 29 Dec 2008...2.00 am.

Hari ini aku menulis lagi. Aku akan sentiasa menulis. Sampai bila?ntah leraku pun tak tau. Rasanya dah terlalu lama rasanya aku tidak karang pape dalam blog nii. Tiada apa nak di 'storykan tentang hidup aku buat masa skrang neh. Aku just teruskan ajer hidup ini sebaik mungkin. Setiap hari berlalu dengan cepat skrang nii. Sedar tak sedar aku dah berada di perhujung tahun. Lembaran baru tahun 2009 hanya beberapa hari saja lagi. Aku? Still cam nii lagi. Masih lagi aku yang dulu. Yang beza hanya masa yang berjalan meninggalkan aku jauh di belakang

Hari ini, seperti biasa. Perjalanan hidup aku still lagi cam hari2 yang lepas. Pegi kejebalik kejeLepak umahSurfhobin ntah pape lagi. Tak ader pape yang menarik pun. Aku pun tak mengharapkan pape yang menarik pun mengenai hidup aku nii. Aku lebih senang n selesa cam nii. Badan pun daa naik berisi dahhahaha!. Aku tul2 daa malas han hidup aku nii. Semangat untuk menjadikan hidup aku lebih menarik tuu langsung tak ader. HeheInsyaAllah bermula dengan tahun baruaku nak capai sesuatu dalam hidup aku neh. Nak majukan lagi diri aku neh. Walaupun agak lembab, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk capai sesuatu untuk hidup aku nii. Aku skrang nii lebih mendedahkan diri dengan hal kekeluargaan n rakan2 ajer. Tentang hidup aku nii. Langsung aku tak kisah.

Bukan hilang semangat untuk teruskan hidup ini dengan bermakna. Tapi bagi aku, aku lebih selesa cam nii. Lagipun tak perlulah nak berkira sangat tentang hidup neh. Hidup nii singkat ajer. Aku capai ajer apa yang mampu. Tidak tamak, tidak pula aku tergopoh2 mengejar sesuatu. Lagipun aku daa agak 'lama' lam hidup nii. Mybe pengalaman yang lepas2 mengajar aku sesuatu tentang hidup nii. Lagipun aku tiada pape masalah yang membebankan. Hidup aku happy jer. So? Apa lagi yang nak aku harapkan?kalo ader pun just material. Hehetapi tuu tak masuk 'buku'.

Aku harap dengan tahun baru dan lembaran baru neh. Segala salah aku pada semua org terhapus. Kalo boleh jugak, lupakan siapa aku yang dulu tuu. Anggap ajer aku nii orang yang baru dikenali. Aku tahu, banyak silap aku dulu. Tambah2 gan seseorang tuu. Aku harap gan lembaran baru neh, dia lupakan apa yang terjadi antara kami neh. Lagipun bukan niat aku nak cam tuu kalo tidak disakiti. Aku just 'pertahan diri. Aku harap segalanya selesai antara aku dan dia tuh. Aku pun dah tak simpan apa2 lagi. Just ingin berubah & menginsafi perbuatan aku dulu. Moga keikhlasan dan doa aku nii diterima. Terlalu banyak kesilapan aku yang buat dalam hidup nehhrmm..

Pape pun sempena tahun baru yang bakal tiba, aku nak tanamkan 1000 azam yang baru. Walaupun diantara 1000 tuu hanya satu yang tercapai n lelainnya hanya hangat2 tahi ayam.hehe. Tapi tak pe sekurang2nya ader le gak kemajuan lam hidup aku neh. Hidup nii just pelajaran, aku just tumpukan ajer pada 'pelajaran' aku neh

5 perkataan untuk aku pada akhir tahun 2008 neh :

HIDUP  -  Hrmmmhappy, sedih, ketawa, tensionsemua ader laa. Campur2. Yang penting benda bernyawa. Itu lah hidup."

KERETA -  Hehekorang sendiri tau ler. Tahun 2009 neh aku nak pakai kereta sendirihahaha!"

KERJA -  Boleh laa. Tak ader laa banyak cabaran sangat cam keje 'Minami' (kawan YM) tuh. Lagipun aku keje kat sekolah. Boleh laa tahan. Cikgu2 semua baik2 gan aku. Mentang2 aku lum berpunya…Hehe..(perasan)"

POPUAN -  Huh? Pe hal plak gan popuan?bengong nyer soalan!. Popuan nii..hrmm..ape yeepopuan laa!my mom popuan, jiran sebelah umah aku nii popuan, PK HEM aku popuan, Ghan, Sue, Ain, Nara.tu semua popuan. Why?"

CINTA -  Aiiii!cam perli ajer. Ntah.. malas nak jawab! Bosan aku! Asyik tanya benda sensitif neh!. "

 


Posted at 01:06 am by badai_purba
Make a comment  

Wednesday, August 06, 2008
Setiap hari Ku...

Sunday, August 03, 2008…01. 30 Am

 

Ntah lah. Sebanyak mana pun aku cuba, kadang2 hati ini berdetik juga. Ntah apa yang aku fikirkan selama ini. Ntah apa yang akan terjadi di hadapan hari aku nanti. Tapi hari ini aku bebetul dah boleh melupakan apa yang lepas2 tuu. Biarlah semua tuu tinggal sejarah dan pengajaran buat diri aku nih. Aku pun dah banyak berubah. I want to change everything now. Kehidupan hari ini lebih baik dari semalam. Aku akui semua tuu. Betullah gan apa yang aku percaya selama ini. Apa yang berlaku dulu ada hikmah sebaliknya. Even pun aku cam nii, tapi hari ini aku bahagia di sisi seseorang yang amat2 setia menemani aku disini. Aku bahagia gan dia. Walaupun aku sendiri pun keliru hubungan apa yang tercipta antara aku dan dia tuh. Tapi aku paham gan kehendak hati nii. Aku pun tidak tamak. Hati ini tahu apa yang terbaik untuknya.

“ jadi tak abby nak balik nii?...? “

“ jadi laa, kan orang daa ambik tiket dah. Ambik orang tau pagi tuh…huhu. “

“ ya laa. Daa makan ker ni? Wat per tu?...”

“ orang gurau jer laa. Orang leh balik sendiri. Adik ader bole pii ambik pagi tuu nanti. Nyusahkan abg lak. Huhu…”

“ laahh, tak pa laa…tak nyusah nyer. Tapi kalo awak balik sendiri lagi baik. Tak payah ganggu saya tido…huhu.”

“ daa tau daa…huhu. Abg wak per tu? Daa makan?...or ngah main msg gan saper ni?...gan sue?...”

“ gan awak jer laa! Gan saper lagi. Dah makan dah. Ngah mengadap laptop sekolah nii. Install office. B segala sijil nak pii temuduga nanti cam ner?  Semua beres ker?...keje ambik cuti baper ari?....”

“ Mybe ari rabu or khamis cam tuu ar. Semua beres. Tinggal nak pii jer. Tapi risau gak yang ujian fizikal tuh…huhu. “

“ buat laa elok2 nanti. Jagn nak patah semangat awal2 lagi. Cuba dulu. Pastu baru tawakal.”

“ tau laa. Abg keje cam ner? Ok?....ermm, ari sabtu nanti kita kuar erkk…huhu.”

“ ermmm…tengok lah nanti. Awak tak penat ker? Baru balik daa nak kuar…”

Banyak tul cerita di sebalik diri aku skrang nii. Payah nak tentukan siapa diri aku skrang nii. Yang memahami hanya diri aku sendiri. Aku malas nak bersikap ego seperti sesetengah orang tuu. Rela hati sendiri di sakiti. Aku tul2 tak suka gan sikap cam tuu. Ntah lah, payah aku nak pahami hati seorang teman neh. Daa banyak kali aku bercakap. Tapi dia still cam tuu gak. Tak ubah2. pape pun aku tul2 mintak maaf kalo kata2 aku malam tuh tul2 menyinggung perasaan dia tuh. Niat aku just nak betulkan dia ajer. Jgn nak jaga sangat hati orang. Nanti hati kita sendiri yang merana. Aku dah alaminya. So? Tak mahu ler teman sebaik dia pun jejaki langkah aku. Merana diri tuu nanti.

Hrmmm, aku tul2 dah jadi seorang yang malas untuk kisahkan pape. Just untuk orang yang terpenting dalam hidup aku ajer. Lelain hal…aku malas nak ambik tahu. Pape pun aku daa tak kisah. Yang penting diri aku sendiri tiada masalah gan sesiapa. pengalaman mengajar aku berbuat cam tuu. Sekali fikir, aku skrang nii terlalu selesa gan hidup aku nii. Senang…tanpa gangguan emosi and perasaan…hahaha. Lagi pun seharian aku kat sini sibuk gan urusan kerja. Banyak perkara yang nak aku buat n belajar skrang nih. Bukan senang ingin jadi seseorang yang di hargai oleh orang lain. Aku belajar  untuk dihargai. Bukan kerana kecewa hidup aku yang lepas. Tapi perubahan baru dari seseorang buat diri aku nii. Aku tul2 nak bahagiakan dirinya tuu. Bah banyak dia berusaha untuk diri aku nii. Aku tul2 nak menangi hati n perasaan dia tuh. Biar berbaloi diri aku nii untuk seseorang tuu.


Posted at 05:49 am by badai_purba
Make a comment  

Tuesday, June 24, 2008
MUNGKIN

Sunday, June 22, 2008…10.26 Am.

 

Ermmm, dah 2 minggu aku tidak karang apa2 lam 'Diary hidup' aku nii. Mybe aku sibuk gan urusan kerja atau sibuk uruskan hidup aku nii. Aku gak sibuk gan aktiviti2 kat umah tuu and program2 gan member2 sejawatan gan aku. Walaupun kita orang bertugas di lain2 tempat tapi setiap minggu kita orang kumpul ramai2. duduk satu meja bercerita itu dan ini. Suatu pembaharuan dalam hidup aku ketika ini. Aku senang and happy cam nii. hidup aku di penuhi oleh aktiviti2 yang boleh mematangkan diri aku nii. banyak yang aku belajar dalam hidup aku skrang nii.

 

So? Tuu yang sibuk sampai tak ader masa atau terlupa untuk aku karang2 apa2 dalam nii. bagi aku dah tiba masanya aku menghargai hidup aku sepenuhnya. Lagipun apa yang lepas2 dulu dah jauh dari ingatan aku nii. biar lah aku gan hidup aku and seseorang tuu gan hidupnya. Aku bukan seorang yang mulia untuk doakan dia berbahagia, tapi cukup kalo aku nyatakan disini yang aku dah tak kisah benda yang lepas2 tuu. Lagipun hati aku pun dah reda. Apa yang aku dapat kalau kemarahan ini berpanjangan. Lagipun aku sendiri leh jangka yang aku skrang nii jauh lebih happy dari dirinya tuu. Aku punyai cita2, pendirian, keluarga yang sempurna dan kawan2 yang mengambil berat terhadap aku. Sedangkan dia…aku tahu cam ner keluarganya tuu…kawan2?…apa ntah lagi. So? Aku yang lebih beruntung berbanding dia walaupun kekurangan diri aku nii jelas kelihatan. Kadang2 aku kesiankan dia. Tapi ntah lah, mybe orang cam dia sampai bila2 pun tak akan faham yang aku nii sayangkan dia.

 

Ntahlah, tak tau cam ner lagi ingin aku luahkan dalam nii. Bukan aku seorang yang tak tahu tanggungjawab. Tapi dia sendiri yang memilih jalan itu. Aku just ikutkan ajer rentak yang dia mainkan. Kadang2 terdetik gak hati aku untuk bertanya berita…risaukan dirinya tuu berada jauh di kota besar tuu. Tapi aku tak boleh buat apa2. Dirinya tuu yang bebetul inginkan aku jauh darinya. Ghanz pun ada ingatkan aku cam tuu. Dia tuu daif sangat, takut2 di tipu jer…tapi ntah lah. Mungkin dia bahagia gan 'jantan' tuh…ntah ler. Tapi aku leh agak and setiap yang terdetik di hati aku nii biasanya tepat. Aku banyak pengalaman tentang manusia nii. So? Aku harap sangat dia ok n tak ada apa2. Walaupun dia tuu tak layak aku mintak cam tuu.

 

Dah lah, malas aku nak ingat pape pasal dia lagi walaupun hati nii meronta2 nak buat cam tuu. Aku nii just sampah yang dibuangnya. So? Mybe tak layak pun bagi dirinya tuu untuk aku ambik berat lagi pasal dirinya. Biarlah dia gan hidupnya and aku gan hidup aku skrang nii. yang penting 'hutang' aku dah berbayar. Aku tak salah apa2 pun pada dia. Kalo ada pun, itu just aku 'jelaskan hutang'. Itu ajer…

 

Aku skrang nii sibuk gan urusan kerja aku. So? Dalam seminggu tuu jarang sangat aku ada masa untuk bersenang lenang, kecuali hari jumaat n ahad. Tuu pun dah sibuk gan urusan peribadi aku kat umah tuu. Ader ajer kerjanya. Tapi aku bersyukur sangat, aku dah pun dapat kerja. Walaupun kerja nii biasa2 ajer, tapi bersyukurlah. Aku skrang nii cepat puas gan sesuatu perkara. Tidak tamak2 lagi…huhu. Aku belajar semua nii dari tingkah laku seseorang. Banyak tentang dirinya tuu aku abadikan dalam hidup aku nii. Orangnya bersederhana, sabar and selalu ingatkan aku tentang berbuat kebaikan. Aku bahagia gan dirinya skrang nii. Mungkin kalo ada jodoh aku juga mau jadikan dirinya tuu sebagai teman hidup aku. Walaupun banyak kekurangan diri aku nii berbanding dirinya.Tapi bagi aku, dia lah pelengkap hidup diri aku nii. Tanpa dia, mybe dah lama aku 'sangkut' di mana2. Banyak yang aku hutang gan dirinya tuu. Tapi semua tuu masih lagi terlalu awal bagi diri aku nii. Aku dan dia ngah cuba untuk lebih mengenali hati budi masing2. Kitaorang pun dah berbincang dan keputusan tuu masih lagi awal. Lagipun masing2 ngah sibuk menguruskan hidup masing2. InsyaAllah… kalo diizinkan Tuhan.

 

 


Posted at 02:18 am by badai_purba
Make a comment  

Tuesday, June 03, 2008
?

Saturday, May 31 2008...10.20Pm.

 

 

Aku meneruskan lagi kehidupan ini. seperti yang selalu aku sebut2kan, tak ader apa dalam hidup aku nii. Just ingin meneruskan hidup ini seperti korang semua. mybe aku bertuah, mybe gak tak. itulah permainan hidup ini. tapi aku percaya gan setiap perbuatan atau perlakuan ader balasan baik dan buruknya. aku percaya and pasrah gan ketentuan takdir untuk hidup ini. bersyukur gan apa yang aku miliki skrang nii. hrmmm...dah lama aku tak cam nii. hari nii banyak benda yang berlaku lam hidup aku nii. seharian kat umah gak, banyak yang membuatkan hati nii senang n bahagia. aku tahu aku sedang menikmati hidup aku skrang nii. biarlah aku gan dunia aku sendiri. tak perlu aku untuk mengeluh gan benda yang daa lepas. aku tahu pape pun tak akan memberi aku apa2 keuntungan. biarlah mereka di luar sana dengan andaian dan dugaan mereka tuu. yang penting aku disini dngan dunia yang aku sendiri fahami. kadang2 susah nak buat semua orang faham gan hidup aku nii. just orang2 di balik tabir hidup aku ajer yang memahami aku nii. aku just mampu bercakap atau terangkan apa yang aku sendiri fahami. yang bermain di hati nii, aku sendiri pun tak faham...biarlah aku gan dunia aku nii...

 

" ermmm..cam ner gan keje?...ok?...(sambil berlabuh n hidangkan minuman yang aku pesan tadi)."

 

" ok jer. boring. cuti sekolah, ko paham2 arr..."

 

" erhmm...saper suh ko mintak kat sekolah?."

 

" cam ler aku leh pilih mana2 tempat atau bahagian yang aku suka. ko bikin jabatan kerajaan tuu tok nenek aku yang punya?!..."

 

"..huhu...eleh! ok ler tuu duk situ. tak ader ler penat sangat. keje ko pun chatting jer duk situ. bukan buat keje pun."

 

" banyak ler ko!. yang 5 bijik monitor yang rosak tuu saper nak bikin?...aku jugak!. ko ingat benda tuu baik gan sendiri?...huhu."

 

" huhu...ermm...ya laa tuu. cakap gan ko! memang tak pernah menang aku!. ego tinggi!."

 

" hehe...lahhh, aku cakap benda yang betul laa. ermm...ko nii.. ajak aku kuar mai sini pe hal?...musti ader pape nak bagi tau aku atau nak mintak tolong aku. siap belanja aku minum lagi nii. asal? laptop ko buat hal lagi?..."

 

" huh?...tak ader laa!. lahhhh... ajak kuar minum lepak2 pun salah?. bukan aku ada apa2 pun. dah lama tak jumpa ko. harap ko nak ajak aku kuar, haram..."

 

" mana ler tau. ko tuu kan leh caya sangat. mana tau kot2 malu gan aku nii..hehe. aku bizy laa, banyak keje. banyak benda nak buat kat umah tuu.."

 

" ermmm...tuu jer laa alasan ko. hrmm...so? cam ner skrang nii?..ok?..."

 

" huh?...apa?..."

 

"...ya lah. ko skrang nii...ok ker?..."

 

" ok apa?.."

 

" ermmm...hidup ko skrang nii...cam ner?...ok?..."

 

" ko tengok aku kat depan ko skrang nii cam ner?...ok ker tak?..."

 

" kat luar memang laa nampak ok!. mana tau kat dalam tuu. ntah apa yang ko pk."

 

" hrmmm...huhu...aku ok laa. dah laa!...bosan aku! nak cite pasal idup aku nii. cam ler aku nii teruk sangat. aku buat teruk2 pasal nak manja2 gan ko jaa. bukan apa pun....hehe."

 

" yaa laa tuu. tak leh caya!...asal plak gan aku?...pii laa kat gan kak sue or abby sayang ko tuu...huhu."

 

" banyak ler ko!...'Pok!' ( hempok gan komik yang aku beli tadi).."

 

" hey! berani ko!...bak sini!. (rampas komik tuu then balas balik...2 bijik lagi)....hah! ambik ko!..huhu."

 

" hehe...(sengih)."

 

hrmmm, cam tuu lah aku skrang nii. dah malas sangat nak bercakap pape tentang hidup aku nii. serius atau tak persoalan tuu, aku bebetul daa malas nak cakap apa2 dah. biarlah aku gan dunia nii. skrang yang berdiri di depan ini adalah bebetul aku. bukan diri aku yang dulu lagi. aku daa jadi sebuah ciptaan sebuah cerita yang amat2 payah untuk aku lupai. biarlah sejarah itu gan ceritanya sendiri. aku perlu menghargai apa yang berada di hadapan aku skrang nii. tak perlu menoleh kebelakang lagi. petang kelmarin aku ada kuar gan nara. lepak2 kat Kbmall jer sambil aku pii baiki gelang yang daa hampir putus nii. n nara pii ambik gambo yang dicuci kat kedai photo dalam tuu. dah lama gelang tangan nii menemani aku. walaupun aku tak memakainya, tapi sayang nak buang benda yang dah lama menemai aku nii. mybe suatu masa nanti aku hadiahkan pada seseorang. so? sape2 yang nak gelang tangan batu permata putih nii cepat2 ler couple gan aku. gerenti aku bagi...hahaha!! ( publisiti murahan)...hahaha!.

 

OHHH yaa!...satu lagi pengumuman. hehe...aku baru jer ambik motosikal baru (bukan aku main pakai ambik jer!...maksudnya beli)...hehe...kete lum lagi aku mampu..hehe..(on da way). so? kalo sape ternampak (Suzuki Revo Colour Putih - DBF 89**)...atau sajer2 buat nampak ker...hehe...bagi ler hon!...aku ler tuu!...hehe. bukan apa!. bukan aku nak buat publisiti murahan, tapi dah beberapa kali aku terserempak gan member2  kat jalan raya. tapi korang buat derkkk ajer..termasuklah minah yang lepak gan aku kelmarin...buat tak tau ja! bila aku bagi hon!...mau jaa baling batu kat cermin kete tuh!..baru tau!. so? kalo nampak tuu tegur2 ler aku pasai hari2 aku kat jalan raya tuu. ulang alik pi n balik keje...huhu.

 

 


Posted at 02:53 am by badai_purba
Make a comment  

Tuesday, May 13, 2008
WHY...?

Tuesday, May 13, 2008…8.38 Pm.

 

 

Aku meneruskan lagi kehidup ini. Ntah sampai bila tangan ini berhenti mengarang blog ini, aku pun tak tahu. Aku just mencuba sebaik mungkin untuk hidup dan masa depan aku nii. Walaupun aku faham gan sesetengah hal tuu tak leh aku ubah atau ulang semua. Aku pasrah dan bersyukur ajer apa yang telah tertulis di dalam takdir aku. Aku harap di hadapan aku cerah. tidak seperti hari yang lepas2 di belakang. Teringat segala dosa2 aku yang dah lepas. Semoga diampuni Tuhan yang Esa. Aku menyesal dan ingin bertaubat di atas perbuatan aku yang lalu. Aku tahu aku seorang hamba yang berdosa.

 

Hari ini seperti biasa, aku gan ghanz bertekak pendapat lagi. Aku tahu setiap perkataan yang dia cakap tuu betul. Aku juga faham gan maksud yang dia sampai kan. Semuanya ok…tiada masalah. Yang  bermasalah adalah  aku…aku yang dah terlewat untuk di bentuk gan kata2…setiap perkataan tuu aku dah lali. Semua orang cakap cam tuu pada aku. Apa leh aku buat…dah dah tul2 payah untuk di bentuk atau di bawa pulang. Aku dah jauh sesat. Anggap ajer ler aku nii dah tak betul or berputus asa gan hidup nii. Korang jer lah teruskan kehidupan korang tuh. Usah pedulikan aku…aku dah tak percaya gan warna2 kehidupan aku nii. Aku lebih senang dan selesa cam nii. Apa pun tak pernah aku kisah…

 

Ermmmm….seseorang mybe hampa gan cara aku nii. Tapi apa leh buat, aku dah berkecil hati banyak perkara dalam hidup ini. Bukan kerana seorang perempuan…bukan kerana aku pernah dikhianati…bukan juga kerana aku pernah kecewa…tapi banyak penyebabnya yang membuatkan hidup aku jadi cam nii. Bukan aku menyesal atau menyalahkan takdir…anggap ajer lah aku yang meminta atau balasan Tuhan ke atas dosa aku yang lepas2. Aku terima dan belajar untuk lebih bersyukur…InsyaAllah.

 

Dah ler…malas aku nak merepek bebukan…aku gak tak nak sebut apa2 tentang apa yang dah aku lepaskan pada blog aku yang lepas. Aku selesa gan setiap tutur kata aku lam tuu. Tak perlu jelaskan apa2. setiap apa yang aku cakap kan tuu betul kalo di fikir gan logic akal…just sesetengah orang jer yang tak tau fikir apa2. just pandai berjanji. Tapi habuk pun tadak…ceh!!!. Apa?…nak bersedih?…or nak rasa apa2 ker gan kata2 aku?…terpulang ler!. Aku not tuju kat saper2 pun…kalo aku tuju dah lama aku sebutkan nama or silap hari bulan aku siap bukak story pasal 'Abg Angkat' lagi…HAHAHA!!. Sori ler!…aku bukan ego atau niat tak baik atau jugak niat nak balas dendam. Just nak puaskan hati aku nii jer. Lagipun aku happy now. Korang nak cakap apa cakap laa. Janji aku tahu apa yang aku rasa dan aku juga tahu dan ingat kenapa aku jadi cam nii…

 

" ko buat aku, ko dapat balik…adilkan?…haha. Lagipun ko gak yang membuatkan aku bangkitkan semula pasal nii. kenapa anggapan ghanz  terhadap aku cam tuu?. Apa yang dia storykan pada aku berbeza gan apa yang jadi di antara kita?. Asal ko tak ceritakan apa yang bebetul berlaku?...ooo ko gan 'dia' just kawan yee?…aku ingat lagi kata2 ko malam tuu. Ko nak aku sebut?…"

 

Kat sini aku bukan ingin menegakkan benang yang basah. Apa guna?…apa yang aku dapat?. Tapi sikap sesetengah orang tuu yang membuatkan aku jadi cam nii. Kenapa tak boleh bersikap jujur?…kerana sesetengah orang tuu ada benda yang hendak di sorok?…untuk apa sorok pada aku?…apa yang korang dapat?…aku bukan sesiapa untuk nilai korang…

 

Dah lah…malas aku nak berceloteh panjang. Lagipun sesetengah orang tuu tak akan faham apa2 pun. Dia just tahu n faham pasal game online, anime n mindF*CK jer. Yang lain2 dia tak tahu and faham pape.

 

Waarghhhh!…bosan tul aku seharian kat tempat kerja. Asyik mengadap benda yang sama. Maklum ajer ler! Dah kerja aku…tapi aku happy di sini. Jauh dari segala apa yang aku berkecil hati selama ini. Lagipun kat sini ramai budak2. kadang aku tergelak sendiri tengok gelagat diorang tuh…berlari…bertumbuk…melompat…macam2. happy jadi budak2 nii. Kalo lah masa tuu leh di putar balik semula…mau jaa aku jadi budak2 semula…tak payah kisah gan segala apa yang bersarang di kepala otak aku nii…hehe. Tapi tuu just angan yang tak mungkin jadi kenyataan. Aki just boleh mengingati zaman budak2 aku…bukan ulangnya semula. Hrmm….

 

Sebelum aku hentikan karangan blog aku kali nii, terlebih dahulu aku nak mintak maaf banyak pada seseorang yang rapat gan aku ketika ini. Aku tahu dia mungkin kecewa gan aku. Bukan niat aku nak cam nii. aku pun dah tul2 penat cam nii. tapi kadang kala aku gak perlukan pembelaan. Saya dengar and hargai nasihat awak selama nii. Just nii ajer cam…ntah lah…tak tahu nak cakap apa. Saya harap awak faham. And saya tahu awak selalu faham…just diri nii jer yang terlalu keras hati. Pasal hari nii saya tul2 nak sendiri. Buat hal saya sendiri. Bukan niat nak diam gan awak…Sori k. Kadang-kadang susahkan nak cakap yang kita nii sayangkan seseorang..?

 


Posted at 06:47 pm by badai_purba
 

Previous Page Next Page